Jika Hidup Terasa Sukar - Bersedekahlah

[Jika Hidup Terasa Sukar - Bersedekahlah]


“Malah tiada benda yang lebih membahagiakan selain melihat senyuman mereka ketika menerima bantuan”

Di waktu ketika kita berada dalam keadaan serba serbi, masih ada mereka yang lebih susah daripada kita.

Kita kena INGAT

Setiap kali kita bersedekah, kita bukan bersedekah untuk penerima sedekah tersebut. Namun, hakikatnya kita sedang bersedekah pada DIRI KITA SENDIRI.

Dengan bersedekah kita sebenarnya menukar nilaian harta kepada nilaian pahala.

sarapan

Sudahkah tuan puan bersedekah ke akaun saham akhirat tuan puan hari ini?

"Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah : 261)


TERKEJUT !

Baru-baru ini viral tentang golongan gelandangan yang dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka… Allahu!

Sedih terasa di hati ketika membaca berita tersebut. Untuk mencari bahkan sesuap nasi apatah lagi tempat berlindung diri sahaja mereka tidak mampu. Adakah kita hanya akan terus membiarkan mereka tidur di atas kotak-kotak, di bawah jambatan di atas lantai yang sejuk? Sedangkan kia selesa tidur di atas tilam yang empuk di rumah.

menerima sumbangan beras

KASIHANI MEREKA…

Mereka telah lama tebiar. Siapa yang akan bantu mereka kalau bukan kita?

Tambahan dengan ujian pandemik yang melanda, ramai yang terkesan. Bagi peniaga kecil, kedai terpaksa ditutup dan bagi pekerja kerajaan mahupun swasta mula diberhentikan kerja.

“Suami saya semenjak PKP ni hanya dipanggil bekerja selama 15 hari oleh majikannya. Menyebabkan kami sekeluarga bersama anak-anak terputus bekalan makanan serta kemampuan untuk menampung kos sara hidup”

Jayaba A/P balakrisnan, Suri Rumah

Berbaris mengambil makanan

Kami di pertubuhan Dapur Infaq menjalankan satu inisiatif dengan melalukan edaran secara masif kepada golongan gelandangan, komuniti rentan, miskin bandar, asnaf dan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Antara bentuk edaran yang di lakukan adalah berbentuk :

Kami telah berjaya mengedarkan sebanyak 300 pek setiap bulan pada bulan-bulan yang lalu dan mensasarkan agar dapat meningkatkan edaran sehingga 1000 pek sebulan bermula bulan hadapan.

Sumbangan barangan keperluan

Dengan rezeki yang melimpah ruah, masih cukup dan tidak terkesan dengan pandemik ini, marilah hulurkan sumbangan dengan SERENDAH RM30. Tidak akan miskin jika kita bersedekah. InshaAllah mudah-mudahan dengan sumbangan tuan puan terhadap mereka menjadi asbab pintu rezeki tuan puan dibuka seluasnya.


SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Untuk satu pek barang keperluan asas dapur ini berharga RM60 dan mengandungi barangan seperti berikut:


BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

BANK RAKYAT

PERTUBUHAN DAPUR INFAQ UMMAH KUANTAN

1100112829

REFERENCE : SAHAM AKHIRAT

air mineral

ALHAMDULILLAH

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan buat tuan puan yang telah meanjadi sebahagian dari kebaikan. Tabungan saham akhirat ini tidak akan tersia-sia dan akan menjadi saksi amal tuan puan kelak.

Adalah lebih baik jika tuan puan dapat istiqomah berinfak setiap bulan walau dengan SERENDAH 30. Semakin banyak tabungan saham akhirat suda pasti tentunya akan membawa kepada ganjaran pahala berlipat ganda, inshaAllah.

Penafian:

  1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway
  2. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan
  3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60168841894 , (Encik Badrul).